Thursday, March 20, 2014

Qaseh Gold Kekanda



Rumusan makanan sunnah khusus untuk lelaki dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, delima dan air zam-zam bersama za'faran dan pelbagai herba terpilih lain serta gum arabic yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi. Qaseh Kekanda turut menggabungkan herba khusus untuk lelaki iaitu guarana, ashwaganda dan tribulus. Qaseh Kekanda berfungsi untuk:

Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
Menambah tenaga dalaman dan luaran
Mencerdaskan minda
Membuang toksin
Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
Meningkatkan sistem imun
Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
Mempercepatkan penyembuhan
Menstabilkan mood
Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. Sangat sesuai untuk mereka yang sibuk dan memerlukan tenaga ekstra setiap hari!



TIPS:

1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam.

2. Gunakan sudu plastik.

3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh.

Qaseh Gold Junior


Setiap ibu bapa sudah pasti berhajat menjadikan anak-anak mereka sihat dan cerdik. Perjalanan menghasilkan generasi terbaik dan cemerlang sudah pasti bermula dari awal usia mereka lagi. Di samping didikan dan asuhan, faktor pemakanan juga menjadi langkah yang penting demi menjadikan mereka lebih sihat dan bijak… Jika yang kita beri itu baik, maka insya Allah baiklah fizikal serta mentalnya dan begitulah juga sebaliknya…

Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa sekelian, marilah kita didik anak-anak kita untuk mengambil makanan seperti kurma, madu, kismis dan lain-lain lagi seperti apa yang disarankan oleh Al Qur’an dan Baginda Rasulullah SAW kerana telah terbukti sebagai makanan yang sangat bagus untuk membantu meningkatkan kecerdasan & kecergasan, menguatkan daya tumpuan & keupayaan intelektual anak-anak serta menyokong sistem imun tubuh yang lebih mantap insya Allah . Semestinya inilah juga makanan pilihan para huffaz yakni mereka yang menghafal Al Qur’an.

~Formulasi Qaseh Gold Junior mengandungi gabungan makanan sunnah yang tinggi khasiatnya untuk pengambilan yang lebih mudah, lebih jimat & lebih istiqamah, insyaAllah!~

Qaseh Gold Adinda



Formulasi Makanan Sunnah Khas Untuk Wanita


Dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, saffron dan air zam-zam bersama herba lain. Qaseh Adinda juga dicampur dengan herba khusus untuk wanita iaitu manjakani, pegaga dan buah markisa. Qaseh Adinda berfungsi untuk:

Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
Menambah tenaga
Mencerdaskan minda
Membuang toksin
Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
Meningkatkan sistem imun
Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
Mempercepatkan penyembuhan
Menstabilkan mood
Menstabilkan hormon
Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. Sangat sesuai untuk wanita hamil, sedang berpantang dan menyusu kerana bahannya yang semulajadi.

TIPS:

1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam.

2. Gunakan sudu plastik.

3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh.